Friday, 23 August 2013

Majlis Pelancaran 5S dan Kitar Semula


 Majlis perasmian 5s dan kitar semula pada 23rd August 2013 bertempat di lobi Taiping Medical Centre pada pukul 4 petang.




 Sebelum majlis perasmian,gotong royong diadakan bersama staf-staf TMC.


TENTATIF PROGRAM


MASA
AKTIVITI

04.00 pm
: Ketibaan jemputan
04.15 pm
: Kata alu-aluan dari pengacara majlis
04.20 pm
: ucapan dari Pengurus Operasi
04.30 pm
: Ucapan dari Dr Ong Kee Theng
04.40 pm
: Penyampaian hadiah kepada pemenang (mencipta logo 5s)
04.50 pm
: Perasmian Program 5s dan Kitar Semula (oleh pengurus Operasi,Pengarah Perubatan,Dr Ong Kee Theng dan semua staff TMC)
05.00 pm
: Hidangan ringan
05.30 pm
: Program tamat



Kain rentang 5S dan Kitar Semula.

Mendengar taklimat dari pengurus operasi TMC.


Usai pemasangan kain rentang dan belon.





Bookmark diberi kepada setiap staf yang hadir pada majlis pelancaran.

Wajah-wajah ceria staf TMC.



Masing-masing mendapat bookmark 5s.


Sementara menunggu sesi memotong riben bunting 5s dan Kitar semula.



Penyampaian hadiah kepada unit yang menyertai pertandingan mencipta logo.

Tong-tong kitar semula.



Countdown majlis perasmian.




"shine your way"
5s amalan kami


usai majlis pelancaran 5s dan kitar semula.
















Wednesday, 5 June 2013

apa itu 5s??



APA ITU 5S? 





Seiri/sisih

Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Seiton / Susun

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya.



  • APLIKASI SUSUN

1.Gaya susun yang mudah difahami.


  •  Kerap guna-susun dekat ruang kerja
  •  Kadang guna-susun jauh sedikit dari ruang kerja
  •  Jarang guna-alih jauh dari meja/lokasi luar.

2.Pasang bilanagn/label/indeks untuk pencarian pantas.
3.Bangunkan standard susunan supaya mudah dipatuhi.


7 PRINSIP ASAS SEITON/SUSUN


1.Ikut kaedah “Masuk Dulu Keluar Dulu”(FIFO)
2.Wujudkan tempat khas untuk sesuatu item dengan jelas.
3.Pelabelan yang jelas dan pastikan pelebelan ada kefungsinya.
4.Letakkan item di tempat yang mudah dilihat dan mudah dikesan.
5.Letakkan item di tempat yang mudah di ambil dan di simpan semula.
6.Asingkan alatan eksklusif dan yang biasa.
7.Alatan kerap diguna diletak dekat/berhampiran pengguna.

Seiso / Sapu

Menyapu/mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.


Seiketsu / Seragam

Menyeragamkan atau memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.


Shitsuke / Sentiasa Amal

Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya/bertabiat baik di tempat kerja.








Thursday, 16 May 2013

Logo 5s Taiping Medical Centre

    

                                            Logo 5s Taiping Medical Centre

Keterangan logo:


                           “Shine Your Way”                                          

Membawa maksud Program 5S setelah 
dilaksanakan akan menjadi satu ukuran persekitaran ruang kerja yang dinamik.
Program ini akan sentiasa bersinar dan memberi sinar dengan carany tersendiri.


Tapak Tangan & Lambang Hati  

                   
Tapak tangan mencerminkan kesungguhan anggota pekerja dalam mengamalkan 5s sekaligus akan mewujudkan persekitaran kerja yang telus dan cekap.



Rama-Rama Biru    

                                
Seiring dengan penyembuhan, ikon rama-rama  juga mempunyai keunikan tersendiri. Kitaran   hidupnya yang berperingkat,menghasilkan sesuatu yang indah lagi menarik. Begitu jugalah  dengan konsep 5S ini.  Sisih, Susun, Sapu,Seragam dan Sentiasa Amal. Dari satu      peringkat ke satu peringkat barulah 5S akan menjadi sempurna.


Anak Panah Merah 

                                       
Melambangkan keberanian dalam melaksanakan 5S secara komited dan berterusan.




Landasan Biru dan Sinaran 

                                      
 Landasan biru ini menyatakan kesepakatan ke arah mencapai 5s yang berterusan dan hasil 
 perlaksanaan 5s ini akan terus menyinari persekitaran kerja kita.